Pages

About Me

My photo
"Back To Nature" is the theme adopted for this school's environmental awareness program. This community strives to inculcate the love of nature among the youth in this school through hands on experience in nature. We aim to show the young generation that nature is not only for the viewing pleasure, it can also provide and protect us, thus, we need to protect and sustain it for the future.

Friday 28 October 2011

ICT Hijau


Latar Belakang
  • Dasar Teknologi Hijau Negara telah dibangunkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Julai 2009
  • Teknologi Hijau merupakan pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan yang mapan
  • Dasar Teknologi Hijau Negara merangkumi unsur ekonomi, alam sekitar dan sosial
Takrifan Teknologi Hijau
  • Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
Takrifan ICT Hijau
  • Merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori seperti monitor, tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan memberi kesan yang minima atau tiada kesan terhadap alam sekitar. Ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT.
Sumber: http://www.infodesa.gov.my/web/guest/information/ict/articles/-/asset_publisher/x8A6/content/ict-hijau?redirect=%2Fweb%2Fguest%2Finformation%2Fict%2Farticles
Sebahagian komponen komputer bertoksik.
Langkah-langkah Penggunaan ICT Ke Arah ICT Hijau
Dalam memastikan ICT Hijau di agensi sektor awam dilaksanakan secara konsisten, perolehan produk ICT hendaklah mempunyai spesifikasi ciri-ciri ICT hijau seperti berikut:
        (i) Penjimatan penggunaan tenaga elektrik;
       (ii) Pengeluaran karbon yang rendah;
      (iii) Pengeluaran haba yang rendah;
      (iv) Penggunaan bahan toksik yang minimum seperti dakwat pencetak (ink) dan
toner;
       (v) Komponen di dalam produk tersebut yang boleh diguna semula; dan
      (vi) Produk atau sistem ICT yang boleh meningkatkan prestasi mesra alam untuk kegunaan bukan  
             ICT seperti energy control systems, environmental monitoring system di dalam bangunan dan 
             lain-lain yang berkaitan. 

Produk ICT ini hendaklah mendapat pengiktirafan sebagai green (hijau), eco-friendly, energy star dan yang berkenaan dari peringkat negara atau antarabangsa. Produk ICT ini hendaklah mendapat pengiktirafan sebagai green (hijau), eco-friendly, energy star dan yang berkenaan dari peringkat negara atau antarabangsa. 
  •  Peringkat Penggunaan


Bagi pembudayaan penggunaan ICT Hijau, agensi hendaklah melaksanakan langkah- langkah amalan seperti berikut:
  • Komputer peribadi dan Komputer riba
           (i) Tidak menggunakan atau mengaktifkan screen saver. Ini disebabkan penggunaan screen 
                saver akan menggunakan jumlah tenaga yang sama dengan penggunaan skrin yang aktif;
          (ii) Memastikan monitor dalam keadaan standby/ hibernate selepas 5 minit tidak aktif;
         (iii) Memastikan kemudahan power management untuk komputer peribadi dan komputer riba 
               diaktifkan;
        (iv) Memastikan komputer ditutup dan suis dimatikan serta plug komputer dicabut dari soket 
               elektrik apabila tidak digunakan untuk jangka masa panjang. Ini untuk mengelakkan arus 
               elektrik masih aktif dalam sistem pendawaian menerusi plug komputer yang tidak dimatikan 
               dan dicabut;
         (v) Menggantikan monitor Cathode Ray Tube (CRT) dengan monitor Liquid Crystal Display  
               (LCD). Ini adalah kerana penggunaan LCD boleh menjimatkan 30% hingga 50% tenaga 
               elektrik berbanding CRT;
        (vi) Menimbangkan penggunaan saiz monitor yang bersesuaian kerana saiz monitor yang besar 
               akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih; dan
       (vii) Menimbangkan penggunaan Teknologi Thin Client di mana ia dapat mengurangkan 
               penggunaan tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan.


  • Pencetak
          (i) Mengaktifkan kemudahan duplex dan mode draf pada pencetak sebagai
              default. Ini adalah untuk menjimatkan penggunaan kertas dan dakwat pencetak; 
        (ii) Mengaktifkan kemudahan power-saving sleep mode pada pencetak (jika ada);
       (iii) Mengurangkan bilangan pencetak stand-alone dengan pewujudan pencetak rangkaian yang 
              dapat dikongsi bersama oleh penjawat awam;
       (iv) Mengawal dokumen yang berkenaan sahaja untuk dicetak;
        (v) Menimbangkan kawalan mencetak di pencetak rangkaian berdasarkan ID pengguna;
       (vi) Memastikan supaya penggunaan kertas secara optimum; dan
      (vii) Mengurangkan penggunaan bahan seperti riben, kertas dan
toner.

Pembaziran kertas ketika kerja-kerja mencetak perlu dielakkan

  • Pelayan (Server)
         (i) Mengoptimumkan penggunaan server dengan melaksanakan kaedah konsolidasi menerusi   
              teknologi virtualisation; (contoh penggunaan iCloud dari Apple Corp.)
        (ii) Memastikan server-server yang tidak aktif penggunaannya hendaklah shut down dan suis 
              dimatikan; dan
       (iii) Menimbang penggunaan Keyboard, Visual Display Unit, Mouse (KVM) kepada server-   
              server bagi mengurangkan jumlah tenaga elektrik yang diperlukan dan haba yang dihasilkan   
              oleh monitor.

  • Aplikasi
         (i) Menggandakan penggunaan perkhidmatan online ke arah pengurangan penggunaan kertas 
             dan bahan cetak;
       (ii) Mempertingkatkan penggunaan kemudahan e-mel untuk berkomunikasi tanpa kertas bagi 
             tujuan rasmi sahaja;
      (iii) Mempertimbangkan kemudahan penggunaan saluran baru untuk mendapatkan maklum balas  
             dan aduan secara rasmi; dan
      (iv) Mempertingkatkan pembangunan aplikasi online yang menggantikan proses kerja secara    
             manual. 


Peringkat Pelupusan
Produk ICT yang perlu dilupuskan hendaklah mengikut tatacara yang digariskan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 “Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan” dan mengambil kira pemuliharaan alam sekitar serta amalan hijau sama ada ianya masih boleh diguna pakai (reuse) dan dikitar semula (recycle). 


Sumber: www.pajpm.gov.my/userfiles/file/LANGKAH.pdf

Monday 24 October 2011

Taman Bumi Hijau Hadiahkan Hasil Sempena Hari Guru

Sempena sambutan Hari Guru 2010 yang lalu, semua guru di seluruh negara diseru untuk menjalankan aktiviti gotong-royong. SMK Majakir mengambil kesempatan ini untuk menuai hasil tanaman projek Taman Bumi Hijau melalui aktiviti Gotong Royong Perdana sempena Hari Guru.

Pose khas sebelum mula bekerja (Foto: Mahani)
Projek Bumi Hijau ini adalah satu projek anjuran Jabatan Pertanian Papar dengan kerjasama Majlis Daerah Papar. Pada dasarnya Kempen Bumi Hijau merupakan satu program yang dianjurkan untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan bahan makanan harian. Selain daripada itu adalah diharapkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian samada yang tinggal di luar bandar dan bandar dapat dipupuk. Secara tidak langsung, program ini dilihat dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan individu atau komuniti terhadap pengambilan makanan segar, berkhasiat dan selamat di samping mempunyai persekitaran perumahan yang cantik dan menarik. Dengan terlaksananya program Bumi Hijau, Jabatan Pertanian berharap ini akan dapat mengurangkan impak kenaikan harga barangan makan serta meringankan beban kewangan kesan dari kenaikan kadar inflasi. Pelaksanaan program ini adalah berkonsepkan pengeluaran makanan untuk keperluan sendiri dan bercirikan "kitchen garden" atau "edible landscape". Program ini ditujukan kepada semua rakyat dengan fokus utama disasarkan kepada penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.

(Foto: Mahani)
(Foto: Mahani)
Cikgu Liew dan Cikgu Dariah (Foto: Mahani)
Untuk menjayakan program ini, Jabatan Pertanian akan membekalkan beberapa kit asas bertani seperti pencedok, baja serta anak benih sayur-sayuran dan herba. Aktiviti penanaman boleh dilakukan samada secara individu ataupun secara komuniti. Penanaman secara individu terhad di kawasan rumah individu yang terlibat manakala bagi penanaman secara komuniti, ianya dilakukan pada kawasan yang lebih besar dan diuruskan oleh satu badan pengurusan. Kampung-kampung yang terlibat ialah ; Kg. Takis, Kg. Berundung, Kg. Seberang Benoni, Kg. Benoni, Kg. Surati, Kg. Kuala, Kg. Kelanahan, Kg. Biau, Kg. Sabandil, Kg. Rampazan, Kg. Limbahau, Kg. Andus dan Kg. Lakut. Komuniti yang terlibat ialah SMK Majakir, SMK St Joseph, Perumahan Taman Nagapas, Perumahan Kuala dan Pusat Serenti Papar.

(Foto: Mahani)
Ustazah Noor Aini: "Teruskan Usaha Anda..." (Foto: Mahani)
(Foto: Fareed Abdullah)
Tn. Hj. Abdul Aziz ikut serta (Foto: Fareed Abdullah)
(Foto: Fareed Abdullah)
(Foto: Fareed Abdullah)
Aktiviti Gotong Royong Perdana kali ini tertumpu kepada 3 kawasan, iaitu kawasan Taman Bumi Hijau, kawasan sekitar Rumah Kitar Semula dan kawasan kuarters rumah guru yang sudah tidak didiami. Ia melibatkan semua guru dan beberapa orang pelajar asrama serta pelajar tingkatan 6 yang berkelapangan. Selain daripada itu, ahli-ahli Persatuan Pelajar Tingkatan 6 (PERTENA) telah mengadakan aktiviti membina tapak baja kompos yang baru.

Cikgu Hajijah dengan PERTENA di bahagian baja kompos (Foto: Fareed Abdullah)
Kompeni Alfa Batalion II Askar Wataniah 507 Papar (Foto: Fareed Abdullah)
Aktiviti  ini juga telah dibantu oleh seramai 6 ahli Kompeni Alfa Batelion II, Askar Wataniah 507 daerah Papar yang diketuai oleh Mejar Mursyid Soadik (Penolong Kanan Tingkatan 6 pada tahun itu). Mereka telah membantu mengangkat komponen-komponen komputer lama yang terdapat di stor ke tempat penyimpanan peralatan yang akan dihapuskira. 

(Foto: Fareed Abdullah)
(Foto: Mahani)
(Foto: Mahani)
Mengumpul dan membersih hasil tuaian (Foto: Mahani)

(Foto: Fareed Abdullah)
Hasil bumi (Foto: Fareed Abdullah)
Bergambar sebelum bersurai (Foto: Fareed Abdullah)
Acara Pengagihan Hasil Tanaman (Foto: Fareed Abdullah)

"When we heal the earth, we heal ourselves."  ~David Orr~



Sumber: www.smk-majakir.net (posted by UMDS) TQ!! 

 

Sunday 23 October 2011

Projek 1 Pelajar 1 Bunga

Projek ini dijalankan sepanjang tahun 2010, sebagai salah satu aktiviti penghijauan sekolah di bawah program SERASI dan LESTARI sekolah. Acara kemuncak projek ini ialah acara penyerahan pokok bunga yang disumbangkan oleh para guru SMK Majakir.




Para pelajar PraU dengan pokok-pokok bunga sumbangan mereka
Para guru dengan sumbangan mereka
Pose istimewa untuk kenang-kenangan: (Dari Kiri - Cikgu Hasinie, Cikgu Masnah, Cikgu Noor Aainah, Cikgu Amanda, Cikgu Rokiah dan Kaunselor Dg Mastini)

Foto: Fareed Abdullah

Diharapkan tahun hadapan projek ini diadakan semula sebab ia memberi impak yang besar kepada usaha-usaha pendidikan kesedaran alamsekitar dan sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan keceriaan fizikal sekolah.

Terima kasih, Warga SMK Majakir.

Butterfly House: A Dream Comes True

When initially proposed by Pn. Normahani Jamaludin during a SERASI meeting earlier this year, the suggestion was deemed "a wishful thinking". Nonetheless, encouraged by a promise of a "multi thousand ringgit" donation by our local YB specifically for school environmental programs, the project was a go, to everyone's delight. 

Semasa dikemukakan di mesyuarat pertama SERASI, cadangan oleh Pn. Mahani untuk mewujudkan rumah rama-rama ini seolah-olah sesuatu yang agak mustahil untuk dilaksanakan. Akan tetapi, terdorong berita adanya sumbangan YB yang bakal disumbangkan kepada program-program penghijauan sekolah sebanyak RM5000, projek ini mula menampakkan hasil.

The site of the Butterfly House Project. (Taman KESMA, tapak Projek Rumah Rama-rama)

Based on the paperwork prepared by Pn. Hajijah Hasan and Pn. Zainah Mohd. Fauzie (our certified butterfly enthusiast...), the foundation and steel frame were constructed in mid June 2011 by our very own amateur welder, Ustaz Hj. Kaharuddin Yusupala.

Berdasarkan kertas kerja yang disediakan oleh Pn. Hajijah Hasan, Penyelaras SERASI dan setiausaha Unit Keceriaan sekolah, serta Pn. Zainah Mohd. Zain, pencinta rama-rama (terkenal juga dengan panggilan "ibu kulimambang" di kalangan rakan sekerja), tapak asas dan kerangka besi untuk rumah tersebut mula didirikan pada bulan Jun 2011 oleh Ustaz Hj. Kaharuddin Yusupala (... hobi beliau: kimpalan dan binaan besi).


The basic construction of the house. (Binaan asas Rumah Rama-rama)
The Ustaz at work. (Ustaz Hj. Kaharuddin dan pembantunya)
Incrementally, the project started to materialize. The construction was announced "done" by mid October 2011. Now, it's time for the "interior designers" to move in and have their hands on the project.

Sedikit demi sedikit, binaan ini diusahakan sehingga "diisytiharkan" siap pada pertengahan bulan Oktober 2011. Selepas binaan ini siap, tibalah giliran pasukan "interior designer" untuk meneruskan projek.

Before... (Keadaan asal dalaman binaan.)
Before... (Perlu sentuhan pakar... :D)

The entrance. (Pandangan dari pintu masuk binaan)
Even as the construction was underway, the project's team members have taken their own initiatives to start their own fund for the purpose of purchasing flowering plants seedlings, fertile soil and basic equipments.


Selepas binaan ini "diserahkan" untuk diteruskan perlaksanaannya, ahli-ahli jawatankuasa Projek Rumah Rama-rama mengambil inisiatif untuk mengumpul dana dengan wang sendiri untuk membeli bunga-bunga, tanah hitam dan keperluan asas bagi projek ini.

Fertile soil and hanging pots. (Tanah hitam dan hanging pots)
Some of the seedlings. (Sebahagian daripada pokok bunga yang dibeli sendiri)
The first installment of the planting the seedlings was carried out on October 22nd 2012 by Pn. Hajijah, Pn. Mahani and assisted by En. Rosleh Saneh and En. Fareed Abdullah.


Kerja-kerja menanam pokok-pokok bunga di dalam binaan rumah rama-rama ini dimulakan pada 22 Oktober 2011 oleh Pn. Hajijah dan Pn. Mahani, dibantu oleh Encik Rosleh Saneh dan Encik Fareed Abdullah.

The bird bath is to provide water for the butterflies. ("Bird bath" hiasan, sumber air untuk rama-rama)
Preparing the soil for plantation. (Menyediakan tanah untuk menanam pokok bunga)
Rocks and old cement - very cumbersome. (Batu-batan dan sisa simen lama jadi penghalang utama kerja penanaman dan pemilihan pokok untuk hiasan)
Almost finished... (Separa siap...)
Waiting to be planted. (Pokok-pokok disusun dan menunggu masa untuk ditanam)
In her elements... (Kesungguhan Pn. Hajijah tiada tandingan...)
By the end of the day, all the hard work and the money spent could not be on par with the satisfaction of seeing the beauty of nature at the hands of man. There is no need for long vocal accolades, a simple sigh of appreciation will suffice. In the long run, we hope that by the appreciation of nature there will also be a rise in awareness of the need to protect and nurture the environment, which is the ultimate objective of this project.

Di akhir sesi menanam, hasilnya amat memberi kepuasan hati dan rasa berbaloi dengan penat lelah serta wang ringgit yang telah dibelanjakan (...bukannya banyak pun... :D). Jauh daripada mengharapkan penghargaan, cukup setakat jiwa sesiapa yang melihat menghargai dan memuji keindahan alam dan timbul rasa kecintaan dan seterusnya kesedaran untuk melindungi alam sekitar.

Today's work... (Hasil hari itu...)
Still got space to add life... (Masih ada ruang untuk menambah tanaman lain...)
Simply sublime... (Sejuk mata memandang...)


Photos by Mahani

Saturday 22 October 2011

Vista Majakir Hari Ini: Lanskap Sekolah Terkini

Lanskap sekolah terus berevolusi. Tiada siapa yang boleh menghalang "Force of Nature" untuk terus berubah dan mengubah persekitarannya. Kita sama ada wujud seiring dengan alam, atau menentangnya (... at your own risk... ;) )

Taman Bidang Bahasa
2009
 

Oktober 2011


Kolam Taman KESMA

 2008

2010


Taman Herba

 2010

20 Oktober 2011



Rumah Rama-rama (Taman KESMA)


2007


2009

 Jun 2011

30 Oktober 2011



Taman Asrama


2009

 28 Oktober2011

Koridor Bilik Guru

2008

2011



Surau Ar-Rasyidin

 2008

 Oktober 2011




Koridor Ilmu

 2009

Nov 2011


Lorong Makmal Komputer

2008

Feb 2012



... ada lagi.