Deklarasi Tbilisi pada tahun 1978, telah mendefinasikan pendidikan alam
sekitar sebagai proses pembelajaran yang dapat meningkatkan pengetahuan
dan kesedaran orang ramai berkaitan alam sekitar dan cabaran-cabaran
yang berkaitan dengannya. Ini bermakna bahawa ilmu pengetahuan mengenai
pendidikan alam sekitar perlu dikongsi dan disebarkan bukan setakat di
sekolah tetapi juga kepada komuniti setermpat.
Pihak sekolah
melalui Jawatankuasa SERASI Sekolah sedar betapa pentingnya usaha yang
berterusan dan bersepadu bagi membolehkan hasrat pendidikan alam sekitar
tersebut dapat direalisasikan. Oleh yang demikian Jawatankuasa SERASI
sekolah telah mengatur beberapa strategi dan menjalankan beberapa
aktiviti untuk menyebarluaskan maklumat mengenai pendidikan alam sekitar
dengan mengambil contoh usaha-usaha yang telah diadakan di SMK Majakir.
Sebagai permulaan, Jawatankuasa SERASI telah mensasarkan guru-guru SMK
Majakir. Semua guru telah didedahkan mengenai perlunya untuk
menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar semasa proses pengajaran
pembelajaran guru dan murid di dalam kelas. Ruang serta peluang untuk
menyampaikan mesej tersebut bergantung kepada kreativiti para guru.
Pada 09 April yang lalu, En. Abidin Marjan, Pegawai Pelajaran
Daerah Papar telah memberi peluang kepada Jawatankuasa SERASI sekolah
untuk berkongsi idea mengenai perlaksanaan Program SERASI di sekolah
semasa mesyuarat Pengetua-Pengetua sekolah di daerah Papar. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama
yang telah diberikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Papar khususnya
kepada En. Abidin Marjan yang telah memberi ruang kepada
Jawatankuasa SERASI sekolah untuk berkongsi idea serta maklumat mengenai
Program SERASI sekolah.
Foto: Fareed Abdullah
Laporan: Rohiah Bengkui
Pages
About Me
- Komuniti Hijau
- "Back To Nature" is the theme adopted for this school's environmental awareness program. This community strives to inculcate the love of nature among the youth in this school through hands on experience in nature. We aim to show the young generation that nature is not only for the viewing pleasure, it can also provide and protect us, thus, we need to protect and sustain it for the future.
Tuesday, 6 November 2012
Monday, 5 November 2012
LAWATAN KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG SABANDIL PAPAR
Pada 7 April yang lalu, Jawatankuasa SERASI SMK Majakir telah mengadakan
lawatan ke Kampung Sabandil Papar yang terletak kira-kira 30 km dari
pekan Papar. Turut serta dalam rombongan ini ialah seramai 10 orang
pelajar yang merupakan ahli Skuad Kembara Hijau SMK Majakir. Antara
aktiviti yang telah dilaksanakan ialah aktitivti pertandingan mewarna
yang bertemakan alam sekitar oleh kanak-kanak TaBika KEMAS, sesi
taklimat untuk mempromosi 'Kitchen Garden' serta taklimat dan
demonstrasi membuat baja 'Kompos Takakura'.![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Ahli Skuad Kembara Hijau bersama rombongan sekolah dan penduduk kampung mengabadikan kenangan bersama En. Lunchi Linjinun, Pengerusi JKKK Kampung Sabandil. |
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pertandingan mewarna untuk murid Tabika Kemas Kg. Sabandil, Papar. |
Aktiviti akhir merupakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna untuk murid tabika Kemas Kg. Sabandil.
Foto: Fareed Abdullah
Laporan: AJK Serasi
PELANCARAN SKUAD KEMBARA HIJAU SMK MAJAKIR 2012
18 April 2012 (Rabu)- Pendidikan Luar Alam Sekitar merupakan satu
proses pembelajaran di mana individu atau kumpulan tertentu akan
memperolehi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran mengenai alam sekitar.
Untuk merealisasikan tujuan di atas, Pihak sekolah melalui Jawatankuasa
SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) SMK Majakir telah menubuhkan satu
pasukan yang dinamakan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir. Skuad ini
terdiri daripada 15 orang ahli yang terdiri daripada pelajar Tingkatan
Satu, Dua, Tiga dan Empat. Setelah dilancarkan kelak, skuad ini
berperanan untuk mempromosikan Penyediaan Baja Kompos Takakura dan
Kitchen Garden kepada masyarakat setempat di daerah Papar. Para ahli
skuad akan bergerak ke kampung-kampung terpilih untuk menyampaikan
promosi dengan mengedarkan flyer serta pemplet kepada penduduk kampung.
Skuad ini akan diketuai oleh penyelarasnya iaitu En. Bernie Gervais.
Antara objektif penubuhan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir adalah seperti berikut :
(a) Mempromosikan kepada masyarakat setempat cara-cara menghasilkan Baja Kompos Takakura.
(b) Untuk menggalakkan masyarkat setempat agar mengusahakan tanaman sayur-sayuran melalui projek Kitchen Garden untuk kegunaan sendiri.
(c) Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan pengurusan alam sekitar yang berkesan.
Pelancaran Skuad Kembara Hijau SMK Majakir telah disempurnakan pada 5 April yang lalu oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pelajaran Daerah Papar. Acara perasmian ini telah diadakan di hadapan Dewan OKK Mat Zakir.
Foto: Fareed Abdullah
Laporan: Rohiah Bengkui
![]() |
| PPD Papar, Encik Abidin Marjan menanam pokok bunga sempena peringatan pelancaran Skuad Kembara Hijau |
(a) Mempromosikan kepada masyarakat setempat cara-cara menghasilkan Baja Kompos Takakura.
(b) Untuk menggalakkan masyarkat setempat agar mengusahakan tanaman sayur-sayuran melalui projek Kitchen Garden untuk kegunaan sendiri.
(c) Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan pengurusan alam sekitar yang berkesan.
Pelancaran Skuad Kembara Hijau SMK Majakir telah disempurnakan pada 5 April yang lalu oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pelajaran Daerah Papar. Acara perasmian ini telah diadakan di hadapan Dewan OKK Mat Zakir.
Foto: Fareed Abdullah
Laporan: Rohiah Bengkui
Saturday, 11 February 2012
Projek "Kitchen Garden" Fasa 5
Masa untuk menikmati hasil bumi dari titik peluh sendiri...
Sebahagian besar hasil tanaman dibawa pulang untuk kegunaan pemilik batas sendiri, manakala yang selebihnya dijual kepada guru-guru. Ada juga pemilik batas yang menjual lebihan hasil tanamannya di pasar awam.
Sebahagian besar hasil tanaman dibawa pulang untuk kegunaan pemilik batas sendiri, manakala yang selebihnya dijual kepada guru-guru. Ada juga pemilik batas yang menjual lebihan hasil tanamannya di pasar awam.
Foto: Mahani
Projek "Kitchen Garden" Fasa 4
| Setiap batas dilabel jenis tanaman dan ditanda untuk pengenalan 'pemilik' |
| Benih sawi bunga |
| Ada juga pemilik batas yang menanam pelbagai jenis tanaman untuk 'suka-suka' |
| Batas jagaan Tn. Hj. Abdul Aziz menjadi tapak semaian sayur sawi bunga dan sawi pahit |
| Batas-batas yang diusahakan oleh Pn. Hajijah |
| Batas kacang bendi Pn. Mala |
| Kacang panjang |
| Petola |
| Sawi bunga |
| Bendi subur di tepi longkang |
Foto: Mahani
Projek "Birds Nest"
Pada Disember 2011 lalu, Pengetua Tuan Haji Abdul Aziz Mohamed Zain telah mengimpot 150 pokok langsuir atau "Bird's Nest Fern" sebagai sebahagian daripada usaha penghijauan sekolah.
Pokok langsuir (Asplenium nidus) merupakan tumbuhan tropika yang paling mudah tumbuh, mudah dijaga dan tahan lama dengan penjagaan yang baik. Ia hanya perlu dilindungi daripada sinaran matahari langsung dan pengairan yang kerap untuk sentiasa hijau dan subur.
Pokok langsuir (Asplenium nidus) merupakan tumbuhan tropika yang paling mudah tumbuh, mudah dijaga dan tahan lama dengan penjagaan yang baik. Ia hanya perlu dilindungi daripada sinaran matahari langsung dan pengairan yang kerap untuk sentiasa hijau dan subur.
| Ketibaan pokok-pokok langsuir dari Beaufort |
| Para pekerja kebersihan membantu memindahkan benih pokok ke pasu plastik |
| Baja kompos digunakan sebagai campuran tanah untuk setiap pasu pokok langsuir |
| Pasu-pasu dipasang dawai untuk digantung di sepanjang koridor sekolah |
Foto: Hajijah
Hasilnya:
| Lorong ke Surau Ar-Rasyidin |
| Koridor Serasi |
| Koridor Ilmu |
Foto: Mahani
Saturday, 3 December 2011
Butterfly Species Found In SMK Majakir
This was one of the first butterflies caught during the butterfly garden campain. It stayed in the enclosure for a few days, then, like all the other butterflies, it mysteriously 'disappeared'...
Tailed Jay
Graphium agamemnon
LINNAEUS, 1758
Family - PAPILIONIDAE
subfamily - PAPILIONINAE
Tribe - LEPTOCIRCINI
Family - PAPILIONIDAE
subfamily - PAPILIONINAE
Tribe - LEPTOCIRCINI
Easily found in forest road and village. Known to breed on Annona (buah nona).
This species has a distinctive characteristic of possessing the mottled
pattern of apple colour both on upper and undersides. This species is very widely distributed in Asia and the Oriental
region.
Find out more about this species from "Butterflies of Malaysia" at
Find out more about this species from "Butterflies of Malaysia" at
Lime butterfly
Papilio (Princeps)
demoleus
LINNAEUS, 1758
Family - PAPILIONIDAE
subfamily - PAPILIONINAE
Tribe - PAPILIONINI
Family - PAPILIONIDAE
subfamily - PAPILIONINAE
Tribe - PAPILIONINI
This butterfly is the most common among all the Papilio. Being found
in villages and town garden.
The larvae of this butterfly utilize most species of Citrus as the food plant.
Find out more about this species from "Butterflies of Malaysia" at http://www.learnaboutbutterflies.com/Malaysia%20-%20Papilio%20demoleus.htm
The larvae of this butterfly utilize most species of Citrus as the food plant.
Find out more about this species from "Butterflies of Malaysia" at http://www.learnaboutbutterflies.com/Malaysia%20-%20Papilio%20demoleus.htm
Unidentified...yet!
This is obviously one of the most commonly found around the school. Thus explains how I could have caught their pictures more than once between long spans of time. I will update you on this one, ok, as soon as I find out the species... ;D
Thanks for reading.
Photos by Mahani
Subscribe to:
Posts (Atom)












