18 April 2012 (Rabu)- Pendidikan Luar Alam Sekitar merupakan satu
proses pembelajaran di mana individu atau kumpulan tertentu akan
memperolehi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran mengenai alam sekitar.
Untuk merealisasikan tujuan di atas, Pihak sekolah melalui Jawatankuasa
SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) SMK Majakir telah menubuhkan satu
pasukan yang dinamakan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir. Skuad ini
terdiri daripada 15 orang ahli yang terdiri daripada pelajar Tingkatan
Satu, Dua, Tiga dan Empat. Setelah dilancarkan kelak, skuad ini
berperanan untuk mempromosikan Penyediaan Baja Kompos Takakura dan
Kitchen Garden kepada masyarakat setempat di daerah Papar. Para ahli
skuad akan bergerak ke kampung-kampung terpilih untuk menyampaikan
promosi dengan mengedarkan flyer serta pemplet kepada penduduk kampung.
Skuad ini akan diketuai oleh penyelarasnya iaitu
En. Bernie Gervais.
 |
PPD Papar, Encik Abidin Marjan menanam pokok bunga sempena peringatan pelancaran Skuad Kembara Hijau |
Antara objektif penubuhan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir adalah seperti berikut :
(a) Mempromosikan kepada masyarakat setempat cara-cara menghasilkan Baja Kompos Takakura.
(b)
Untuk menggalakkan masyarkat setempat agar mengusahakan tanaman
sayur-sayuran melalui projek Kitchen Garden untuk kegunaan sendiri.
(c) Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan pengurusan alam sekitar yang berkesan.
Pelancaran Skuad Kembara Hijau SMK Majakir telah disempurnakan pada 5 April yang lalu oleh
En. Abidin Marjan, Pegawai Pelajaran Daerah Papar. Acara perasmian ini telah diadakan di hadapan Dewan OKK Mat Zakir.
Foto: Fareed Abdullah
Laporan: Rohiah Bengkui
No comments:
Post a Comment