Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama
di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi
Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang
telah dilancarkan pada 27 Januari 2005. Terdapat 4 komponen utama yang
ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum
dan kurikulum. Program ini bertujuan untuk membantu sekolah
memperkukuhkan program-program pendidikan alam sekitar yang sedia ada.
Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan
semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat,
kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
 |
Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir
sedang memberi penerangan mengenai program-program yang berkaitan dengan
Sekolah Lestari yang telah dan sedang dijalankan oleh sekolah. |
 |
En. Jikula Mongijal sedang memberi penjelasan mengenai objektif
lawatan serta respon terhadap penerangan yang telah diberi oleh pihak
sekolah. |
Tahun ini
merupakan kali ke-2 SMK Majakir telah dicalonkan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah Papar untuk dinilai bagi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar.
Pada 16 Mei 2012, Panel Penilai Sekolah Lestari yang diketuai oleh
En. Jikula Mongijal dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dan dibantu oleh
Pn. Jaswinder Kler yang mewakili pihak NGO telah melawat ke sekolah.
 |
Lawatan ke kawasan belakang Makmal Sains untuk melihat aktiviti para pelajar asrama di waktu lapang mereka. |
 |
Kebun sayur ini telah diusahakan sendiri oleh pelajar asrama. |
 |
En. Jikula sempat merakamkan aksi para pelajar yang sedang asyik berkebun. |
 |
Panel Penilai telah dibawa melawat ke Taman Rama-Rama di bawah kendalian Pn. Zainah Mohd Fauzie. |
 |
Kakitangan dan warga guru turut terlibat mengusahakan kebun sayur di belakang surau sekolah. |
 |
'Water sprinkler' yang dibina untuk memanfaatkan sumber air di dalam
parit yang terdapat di kawasan sekolah untuk menyiram pokok-pokok bunga. |
No comments:
Post a Comment