Pada 21 April yang lalu Unit Kokurikulum SMK Majakir telah mengadakan
lawatan dan tinjauan ke beberapa lokasi terpilih di daerah Papar.
Lawatan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 wakil daripada setiap Unit
Pakaian Seragam yang terdapat di SMK Majakir. Objektif utama lawatan
adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli rombongan mengenai situasi
sebenar permasalahan yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar yang
terdapat di lokasi yang telah ditetapkan. Antara lokasi tersebut ialah
kawasan Pantai Manis di kampung Kuala, Papar, kawasan pelupusan sampah
yang terletak di kampung Langkawit, kawasan kuari batu kampung Benoni
dan Sungai Papar.
 |
Ahli rombongan sedang mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh
En. Sapri Marup, Penolong Kanan Kokurikulum sebelum mereka bertolak pada
pagi tersebut. |
 |
Para pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya dikendalikan oleh seorang guru pembimbing. |
 |
Orang ramai membuang sampah merata tempat sehingga mencacatkan pemandangan kawasan sekitar Pantai Manis. |
Setiap kumpulan pelajar ditugaskan untuk mencatatkan pemerhatian mereka
di dalam buku catatan untuk tujuan pelaporan kelak. Para pelajar juga
dikehendaki untuk membuat renungan dan refleksi kendiri mengenai kesan
dari aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab di setiap lokasi yang
mereka kunjungi. Para pelajar telah mengadakan sedikit kerja amal iaitu
memunggut sampah yang terbiar di kawasan tepi jalan sebelum mereka
bergerak ke lokasi seterusnya iaitu kawasan pelupusan sampah yang
terletak di kampung Langkawit.
 |
Longgokan sampah di kawasan pelupulasan sampah kampung Langkawit. |
 |
Pemandangan serta situasi yang dapat dilihat di kawasan pelupusan
sampah ini seharusnya dapat menginsafkan semua ahli rombongan agar tidak
sewenang-wenangnya membuang sampah. |
 |
Para pelajar turut berpeluang untuk melihat kawasan sekitar yang berdebu dan panas berdekatan dengan kuari batu. |
 |
Sungai Papar merupakan lokasi terakhir lawatan kali ini. |
Pada 21 April yang lalu Unit Kokurikulum SMK Majakir telah mengadakan
lawatan dan tinjauan ke beberapa lokasi terpilih di daerah Papar.
Lawatan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 wakil daripada setiap Unit
Pakaian Seragam yang terdapat di SMK Majakir. Objektif utama lawatan
adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli rombongan mengenai situasi
sebenar permasalahan yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar yang
terdapat di lokasi yang telah ditetapkan. Antara lokasi tersebut ialah
kawasan Pantai Manis di kampung Kuala, Papar, kawasan pelupusan sampah
yang terletak di kampung Langkawit, kawasan kuari batu kampung Benoni
dan Sungai Papar.
Foto & Laporan: Fareed Abdullah
No comments:
Post a Comment