Program SLAAS berkonsepkan pendekatan
menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama
masyarakat setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan
yang menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam 4 komponen utama iaitu ;
pengurusan, penghijauan, kurikulum dan kokurikulum.
Penganugerahan diberi kepada 2 kategori
iaitu ; sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada tahun 2012, SMK
Majakir telah terpilih untuk mewakili negeri Sabah bagi kategori sekolah
menengah ke peringkat Kebangsaan. Sehubungan dengan itu pihak sekolah
telah dilawati oleh Panel Penilai SLAAS Peringkat Kebangsaan pada 07
November 2012. Panel Penilai ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Mohamed Razali Bin Dato’ Mohamed Yusoff dan diiringi oleh Dr. Kalithasan a/l Kailasam, En. Mohd Shafiee Bin Abd Ghani dan Pn. Nurul Safaniza Binti Che Ani.
Tahniah kepada semua warga sekolah yang telah berusaha, bekerja keras
serta sama-sama menyumbang idea dan tenaga ke arah kelestarian sekolah.
Laporan & Gambar: Hajijah Hasan