LAWATAN
SAMBIL BELAJAR(LASBELA) JAWATANKUASA SERASI & LESTARI BERSAMA KELAB KECERIAAN DAN
SKUAD KEMBARA HIJAU SMK MAJAKIR PAPAR KE PAMERAN SUSTAINABLE ENVIRONMENT AND
ECOSYSTEM DEVELOPMENT(SEED) TAHUN 2014
Aktiviti LASBELA ini telah
diadakan pada 15 Mac 2014 yang lalu. Aktiviti ini telah diselaraskan oleh
Jawatankuasa Serasi Dan Lestari Sekolah dengan kerjasama Kelab Keceriaan dan
Skuad Kembara Hijau SMK Majakir. Pameran Sustainable Environment &
Ecosystem Development (SEED) ini telah diadakan di Sutera Harbour Resort Kota
Kinabalu. Seramai 23 orang pelajar telah terlibat bersama dengan 3 orang guru
pengiring. Antara objektif lawatan ini adalah seperti berikut :-
- Meningkatkan
kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di
dalam dan di luar persekitaran sekolah.
- Memupuk
sikap positif dan cintakan alam sekitar dalam kalangan peserta.
- Memberi
pendedahan kepada para peserta berkenaan dengan pendidikan alam sekitar
pada skala yang lebih besar.
- Para peserta lawatan akan bertindak sebagai agen penyebar maklumat mengenai keperluan dan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada pelajar lain di sekolah.
Semasa berada di tapak pameran, para peserta
berpeluang melawat ke beberapa kiosk pameran yang disediakan oleh pihak
penganjur. Antaranya adalah Kiosk Kolej Yayasan Sabah (KYS), Kiosk
Kulinari Dan Pastri, Kiosk Universiti College Sabah Foundation, Kiosk
Asian Tourism International College (ATI), Kiosk Seni Lukis, Kiosk
Jualan Kraf Tangan dan Kiosk NRJ Solar.
Kiosk
pameran yang memberi maklumat mengenai penggunaan tenaga solar sebagai sumber
tenaga alternatif yang mesra alam.
|
Pameran pengkhususan seni dari Kolej Yayasan Sabah |
Pelajar
berminat untuk mengetahui peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Asian
Tourism International College (ATI).
|