"Back To Nature" is the theme adopted for this school's environmental awareness program. This community strives to inculcate the love of nature among the youth in this school through hands on experience in nature. We aim to show the young generation that nature is not only for the viewing pleasure, it can also provide and protect us, thus, we need to protect and sustain it for the future.
LAWATAN
KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR MEMPROMOSIKAN
BAJA KOMPOS TAKAKURA DI KG. SEBERANG, BENONI, PAPAR
Tarikh: 6 Julai 2014
Pengerusi
JKKK Kg. Seberang Benoni, Ustaz Kaharuddin Yusupala menyambut kedatangan kami. Aktiviti pertama dimulakan dengan melibatkan
kanak-kanak yang hadir dalam pertandingan membuat kraftangan kitar-semula. Mereka dibahagikan kepada empat
kumpulan. Cikgu Rohiah bersama Skuad
Kembara Hijau sempat memberikan sedikit taklimat mengenai syarat-syarat
pertandingan tersebut.
Semasa
sesi pertandingan membuat kraftangan berlangsung di dalam surau, warga kampung yang
hadir mendengar ceramah dan melihat demonstrasi membuat baja kompos takakura di luar surau yang disampaikan oleh
Puan Hajijah Hasan bersama Skuad Kembara Hijau.
Demonstrasi membuat baja kompos takakura dibuat bersama warga kampung
dan dibantu oleh Pakcik Moksin, salah seorang pekerja kebersihan sekolah.
Selepas
selesai ceramah kempen kesedaran alam sekitar
dan pertandingan membuat kraftangan, penyampaian hadiah untuk para
pemenang disampaikan oleh tuan Pengetua.
Pihak sekolah juga menyampaikan buah tangan kepada pengerusi JKKK Kg.
Seberang, Benoni di atas kesudian menerima kedatangan rombongan sekolah. Aktiviti diakhiri dengan sesi soal jawab dan pengagihan flyers berkaitan dengan baja kompos kaedah takakura.
Harapan pihak sekolah agar sikap menjaga alam
sekitar ini akan dapat melahirkan masyarakat kampung yang bertanggungjawab
terhadap alam sekitar atau sumber semulajadi yang penting pada masa
akan datang.