Pages

About Me

My photo
"Back To Nature" is the theme adopted for this school's environmental awareness program. This community strives to inculcate the love of nature among the youth in this school through hands on experience in nature. We aim to show the young generation that nature is not only for the viewing pleasure, it can also provide and protect us, thus, we need to protect and sustain it for the future.

Tuesday, 6 November 2012

PENDIDIKAN LUAR UNIT KOKURIKULUM SMK MAJAKIR 2012


Pada 21 April yang lalu Unit Kokurikulum SMK Majakir telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke beberapa lokasi terpilih di daerah Papar. Lawatan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 wakil daripada setiap Unit Pakaian Seragam yang terdapat di SMK Majakir. Objektif utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli rombongan mengenai situasi sebenar permasalahan yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar yang terdapat di lokasi yang telah ditetapkan. Antara lokasi tersebut ialah kawasan Pantai Manis di kampung Kuala, Papar, kawasan pelupusan sampah yang terletak di kampung Langkawit, kawasan kuari batu kampung Benoni dan Sungai Papar.

Ahli rombongan sedang mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh En. Sapri Marup, Penolong Kanan Kokurikulum sebelum mereka bertolak pada pagi tersebut.
Para pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya dikendalikan oleh seorang guru pembimbing.
Orang ramai membuang sampah merata tempat sehingga mencacatkan pemandangan kawasan sekitar Pantai Manis.
 Setiap kumpulan pelajar ditugaskan untuk mencatatkan pemerhatian mereka di dalam buku catatan untuk tujuan pelaporan kelak. Para pelajar juga dikehendaki untuk membuat renungan dan refleksi kendiri mengenai kesan dari aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab di setiap lokasi yang mereka kunjungi. Para pelajar telah mengadakan sedikit kerja amal iaitu memunggut sampah yang terbiar di kawasan tepi jalan sebelum mereka bergerak ke lokasi seterusnya iaitu kawasan pelupusan sampah yang terletak di kampung Langkawit.

Longgokan sampah di kawasan pelupulasan sampah kampung Langkawit.
Pemandangan serta situasi yang dapat dilihat di kawasan pelupusan sampah ini seharusnya dapat menginsafkan semua ahli rombongan agar tidak sewenang-wenangnya membuang sampah.
Para pelajar turut berpeluang untuk melihat kawasan sekitar yang berdebu dan panas berdekatan dengan kuari batu.
Sungai Papar merupakan lokasi terakhir lawatan kali ini.
Pada 21 April yang lalu Unit Kokurikulum SMK Majakir telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke beberapa lokasi terpilih di daerah Papar. Lawatan ini melibatkan sekurang-kurangnya 2 wakil daripada setiap Unit Pakaian Seragam yang terdapat di SMK Majakir. Objektif utama lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada ahli rombongan mengenai situasi sebenar permasalahan yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar yang terdapat di lokasi yang telah ditetapkan. Antara lokasi tersebut ialah kawasan Pantai Manis di kampung Kuala, Papar, kawasan pelupusan sampah yang terletak di kampung Langkawit, kawasan kuari batu kampung Benoni dan Sungai Papar.

Foto & Laporan: Fareed Abdullah

PENILAIAN SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR 2012

Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005. Terdapat 4 komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program-program pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir sedang memberi penerangan mengenai program-program yang berkaitan dengan Sekolah Lestari yang telah dan sedang dijalankan oleh sekolah.

En. Jikula Mongijal sedang memberi penjelasan mengenai objektif lawatan serta respon terhadap penerangan yang telah diberi oleh pihak sekolah.

Tahun ini merupakan kali ke-2 SMK Majakir telah dicalonkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Papar untuk dinilai bagi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar. Pada 16 Mei 2012, Panel Penilai Sekolah Lestari yang diketuai oleh En. Jikula Mongijal dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dan dibantu oleh Pn. Jaswinder Kler yang mewakili pihak NGO telah melawat ke sekolah.

Lawatan ke kawasan belakang Makmal Sains untuk melihat aktiviti para pelajar asrama di waktu lapang mereka.

Kebun sayur ini telah diusahakan sendiri oleh pelajar asrama.

En. Jikula sempat merakamkan aksi para pelajar yang sedang asyik berkebun.

Panel Penilai telah dibawa melawat ke Taman Rama-Rama di bawah kendalian Pn. Zainah Mohd Fauzie.

Kakitangan dan warga guru turut terlibat mengusahakan kebun sayur di belakang surau sekolah.

'Water sprinkler' yang dibina untuk memanfaatkan sumber air di dalam parit yang terdapat di kawasan sekolah untuk menyiram pokok-pokok bunga.




GOTONG-ROYONG PERDANA KESEDARAN ALAM SEKITAR DAN CERAMAH PEMADAM DAERAH PAPAR 2012

Program ini merupakan anjuran Jawatankuasa SERASI dan Kelab Pencinta Alam SMK Majakir dengan kerjasama PIBG, Pejabat dan Majlis Daerah Papar, PEMADAM dan Alumni SMK Majakir. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P 175 Papar. Ia telah dijalankan pada 07 Julai 2012.

Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk ;
(a)  Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah dan ibubapa 
      serta
(b)  Meningkatkan motivasi serta penglibatan aktif warga sekolah, ibubapa dan penduduk setempat
      dalam aktiviti-aktiviti memelihara keindahan alam sekitar.
(c)  Memberi kesedaran kepada orang ramai akan bahaya penggunaan dadah.
(d)  Memberi makluman mengenai langkah-langkah yang boleh diambil oleh masyarakat dalam
      membantu membasmi aktiviti penyalahgunaan dadah.

Meja pendaftaran peserta dibuka seawal jam 7 pagi.
Para pelajar asrama antara kumpulan pertama yang mendaftar pada pagi tersebut.


Pasukan Askar Wataniah dari A. Company Batalion 2, Regimen 507 Askar Wataniah.

Pasukan Askar Wataniah yang terdiri dari 15 anggota dan diketuai oleh Mejar Mursyid Soadik (dua dari kanan).

Ucapan alu-aluan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir sebelum acara gotong-royong bermula.

Para guru dan pelajar asrama bersemangat untuk memulakan aktiviti gotong-royong.

Pelajar membersihkan longkang di dalam kawasan sekolah.

Pelajar dan warden asrama turut membersihkan kawasan sekitar asrama.

Sebilangan guru yang dapat meluangkan masa untuk sesi bergotong-royong pada pagi tersebut.

Pihak Majlis Daerah Papar turut menyediakan sebuah lori untuk membantu mengangkut sampah.
 Selepas berehat dari aktiviti bergotong-royong, satu sesi ceramah yang bertajuk Bahaya Penyalahgunaan Dadah telah disampaikan oleh wakil dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM). Ceramah dtelah disampaikan oleh En. Abdul Ahmid Yusof, Pegawai PEMADAM Negeri Sabah.

En. Abdul Ahmid Yusof sedang menyampaikan ceramah yang cukup berinformatif kepada para hadirin.

Pihak PEMADAM turut menyumbangkan pokok Stevia kepada pihak sekolah untuk ditanam. Stevia merupakan pokok herba yang boleh menghasilkan pemanis semulajadi tanpa kesan sampingan.

Foto & Laporan: Fareed Abdullah

PERTANDINGAN MEWARNA BERTEMAKAN ALAM SEKITAR DI TADIKA SRI BINTANG

Pendidikan alam sekitar perlu bermula dari awal. Dengan kesedaran ini, Jawatankuasa SERASI SMK Majakir telah merangka pelan untuk mencapai minda-minda muda ini dengan memperkenalkan kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti-aktiviti yang meriangkan.

Untuk itu Jawatankuasa SERASI SMK Majakir telah memilih Tadika Sri Bintang sebagai lokasi pertamanya pada tahun ini. Aktiviti yang telah diadakan pada 22 Mac 2012 adalah anjuran Jawatankuasa SERASI SMK Majakir dengan kerjasama pihak pengurusan Tadika Sri Bintang, Papar. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah berorientasikan Pendidikan Alam Sekitar iaitu untuk memberi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran mengenai alam sekitar secara menyeluruh.

Keceriaan murid-murid Tadika Seri Bintang, Papar

Tayangan multimedia tentang kepentingan menjaga alam sekitar untuk minda muda

Puan Hajijah memperkenalkan kraf kitarsemula sesuai untuk kanak-kanak

Pertandingan mewarna

Pemenang-pemenang cilik Pertandingan Mewarna

Cenderahati kepada Guru Besar Tadika Seri Bintang, Puan Dayangku Fairuz Simon
 Dengan adanya kesedaran serta pengetahuan mengenai alam sekitar adalah diharapkan akan adanya perubahan sikap yang membawa ke arah pemuliharaan serta pengurusan alam sekitar secara lestari.

PERKONGSIAN ILMU PEMBUDAYAAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR DI SEKOLAH

Deklarasi Tbilisi pada tahun 1978, telah mendefinasikan pendidikan alam sekitar sebagai proses pembelajaran yang dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai berkaitan alam sekitar dan cabaran-cabaran yang berkaitan dengannya. Ini bermakna bahawa ilmu pengetahuan mengenai pendidikan alam sekitar perlu dikongsi dan disebarkan bukan setakat di sekolah tetapi juga kepada komuniti setermpat.

Pihak sekolah melalui Jawatankuasa SERASI Sekolah sedar betapa pentingnya usaha yang berterusan dan bersepadu bagi membolehkan hasrat pendidikan alam sekitar tersebut dapat direalisasikan. Oleh yang demikian Jawatankuasa SERASI sekolah telah mengatur beberapa strategi dan menjalankan beberapa aktiviti untuk menyebarluaskan maklumat mengenai pendidikan alam sekitar dengan mengambil contoh usaha-usaha yang telah diadakan di SMK Majakir. Sebagai permulaan, Jawatankuasa SERASI telah mensasarkan guru-guru SMK Majakir. Semua guru telah didedahkan mengenai perlunya untuk menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar semasa proses pengajaran pembelajaran guru dan murid di dalam kelas. Ruang serta peluang untuk menyampaikan mesej tersebut bergantung kepada kreativiti para guru.



Pada 09 April yang lalu, En. Abidin Marjan, Pegawai Pelajaran Daerah Papar telah memberi peluang kepada Jawatankuasa SERASI sekolah untuk berkongsi idea mengenai perlaksanaan Program SERASI di sekolah semasa mesyuarat Pengetua-Pengetua sekolah di daerah Papar. Pihak sekolah merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Papar khususnya kepada En. Abidin Marjan yang telah memberi ruang kepada Jawatankuasa SERASI sekolah untuk berkongsi idea serta maklumat mengenai Program SERASI sekolah.

Foto: Fareed Abdullah
Laporan: Rohiah Bengkui

Monday, 5 November 2012

LAWATAN KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR DI KAMPUNG SABANDIL PAPAR

Pada 7 April yang lalu, Jawatankuasa SERASI SMK Majakir telah mengadakan lawatan ke Kampung Sabandil Papar yang terletak kira-kira 30 km dari pekan Papar. Turut serta dalam rombongan ini ialah seramai 10 orang pelajar yang merupakan ahli Skuad Kembara Hijau SMK Majakir. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah aktitivti pertandingan mewarna yang bertemakan alam sekitar oleh kanak-kanak TaBika KEMAS, sesi taklimat untuk mempromosi 'Kitchen Garden' serta taklimat dan demonstrasi membuat baja 'Kompos Takakura'.


Ahli Skuad Kembara Hijau bersama rombongan sekolah dan penduduk kampung mengabadikan kenangan                      bersama En. Lunchi Linjinun, Pengerusi JKKK Kampung Sabandil.




















































Aktiviti-aktiviti yang bertemakan Pendidikan Alam Sekitar telah diadakan sempena lawatan ini. Di antaranya ialah pertandingan mewarna untuk murid-murid Tabika Kemas Kg. Sabandil dan yang utama merupakan demonstrasi membuat Baja Takakura,


 

Pertandingan mewarna untuk murid Tabika Kemas Kg. Sabandil, Papar.



























































































































































































































Demonstrasi pembuatan baja kompos Takakura merupakan objektif utama lawatan ini. Taklimat disampaikan oleh Cikgu Jamalit Angak dan dibantu oleh guru-guru lain. Para penonton yang hadir didedahkan kepada kebaikan penggunaan baja kompos ini.



 



Aktiviti akhir merupakan acara penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna untuk murid tabika Kemas Kg. Sabandil.


Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain menyampaikan cendera kenangan kepada En. Lunchi Linjunin sebagai tanda terima kasih pihak sekolah di atas kesudian pihak JKKK Kampung Sabandil menerima lawatan pihak sekolah.
Diharapkan lawatan ini akan memberi sedikit sebanyak memberikan inspirasi atau dorongan kepada penduduk Kg. Sabandil yang hadir untuk lebih menghargai alam sekitar demi masa depan generasi akan datang.


Foto:  Fareed Abdullah
Laporan: AJK Serasi









PELANCARAN SKUAD KEMBARA HIJAU SMK MAJAKIR 2012

18 April 2012 (Rabu)- Pendidikan Luar Alam Sekitar merupakan satu proses pembelajaran di mana individu atau kumpulan tertentu akan memperolehi kesedaran, pengetahuan dan kemahiran mengenai alam sekitar. Untuk merealisasikan tujuan di atas, Pihak sekolah melalui Jawatankuasa SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar) SMK Majakir telah menubuhkan satu pasukan yang dinamakan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir. Skuad ini terdiri daripada 15 orang ahli yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Satu, Dua, Tiga dan Empat. Setelah dilancarkan kelak, skuad ini berperanan untuk mempromosikan Penyediaan Baja Kompos Takakura dan Kitchen Garden kepada masyarakat setempat di daerah Papar. Para ahli skuad akan bergerak ke kampung-kampung terpilih untuk menyampaikan promosi dengan mengedarkan flyer serta pemplet kepada penduduk kampung. Skuad ini akan diketuai oleh penyelarasnya iaitu En. Bernie Gervais.



PPD Papar, Encik Abidin Marjan menanam pokok bunga sempena peringatan pelancaran Skuad Kembara Hijau
Antara objektif penubuhan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir adalah seperti berikut :
(a) Mempromosikan kepada masyarakat setempat cara-cara menghasilkan Baja Kompos Takakura.
(b) Untuk menggalakkan masyarkat setempat agar mengusahakan tanaman sayur-sayuran melalui projek Kitchen Garden untuk kegunaan sendiri.
(c) Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang kepentingan pengurusan alam sekitar yang berkesan.

Pelancaran Skuad Kembara Hijau SMK Majakir telah disempurnakan pada 5 April yang lalu oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pelajaran Daerah Papar. Acara perasmian ini telah diadakan di hadapan Dewan OKK Mat Zakir.

Foto: Fareed Abdullah
Laporan: Rohiah Bengkui