19 Oktober 20 Program EAC Eco-shopping Game dengan slogan "Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama" ini telah telah diadakan pada 19 Oktober yang lalu. Program yang dianjurkan melalui kerjasama pihak EACS (Enviromental Action Centre Sabah) dengan SMK Majakir ini menjadikan para pelajar sebagai kumpulan sasar utama. Para pelajar telah didedahkan kepada cara-cara bagaimana untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar dan juga didedahkan dengan kepentingan dan keperluan menjaga alam sekitar.
Dalam program tersebut para pelajar telah diperkenalkan kepada kaedah mudah untuk membuat Baja Kompos Takakura yang telah disampaikan oleh En. William Ahlan, Penolong Pegawai Daerah, Bahagian Pentadbiran, Pejabat Daerah Papar. Antara kelebihan Baja Kompos Takakura ini ialah ianya mudah disediakan kerana sisa buangan mudah didapati dan tidak terhad. Modal untuk menyediakannya juga lebih murah (RM 5) berbanding dengan harga baja kompos yang sedia di pasaran (RM 12).
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgO354OqKFQpOYfizBC16BQqDWGM3_relketTfDmIWJCBI5sY69AN7nrJb3tbyfohEOcYuB2HyWckGORCH1atZ3fV06AQwlF-dftVU0XamgD1IJPRFa8il-LDEmuL3ORSE3foj7_JLr8VU/s1600/img4ea82dbe2b463.jpg) |
Taklimat pembuatan Baja Kompos Takakura di Dewan OKK Mat Zaki |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiAw6PQdcGb9LLhgSsF_NZf0EQB_Jb3p6lqQ20_xyWq03LnXcwgI0rOdYYSGkIIfTZIs3LbrEae6oN9KcMnFE_yCT7dWy97USUKA8m-iUy36HV5_KMSBANtIoy3zGQSR4jRpnTMa0bHEFw/s640/img4ea832d53260d.jpg) |
Pegawai-pegawai dari EACS melakukan demonstrasi |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjpLPrLe2qMU21_vgaF_G_7wEuh6Jfh6UgEIFgv6Jxyc2Le_hKaowTYGHM5BUVwxe63VB_1b2GxubSEgQwHnohbpIrdCJ_QPrmtW8iO2oLAd9VyEieyBS851isfa6zMGXBT9rRIL6YUbok/s640/img4ea8325ceaeba.jpg) |
Encik William Ahlan, Penolong Pegawai Daerah Papar (Bahagian Pentadbiran) |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh4f0PXzhBpJNB1KdamoRUMIAYlrBYGWQa4HnqwLuyx4rR_5ixeafxMZ7JUvu4ceQfa_aftvq_1pTHBvcJgINyFQhtWAmVLjBGDinrHmbWdQjWMCoFozJCUUekwZ27TSJnMMWo38Aj3kfQ/s640/img4ea841473e30a.jpg) |
Encik William Ahlan menerima cendera kenangan dari Tn. Hj. Abdul Aziz |
Aktiviti menarik seterusnya ialah permainan simulasi yang dipanggil ECO-Shopping Game. Para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan telah diberikan sejumlah wang yang perlu dibelanjakan untuk membeli beberapa bahan mentah bagi menyediakan masakan kari. Pengajaran dari permainan ini diperolehi di pertengahan permainan selepas penerangan diberikan oleh kordinator permainan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjOGRNXIrtGLsj-yuP5fz8Xp0hhS2OyfpomGrLiTMWfkZrDAu-fUlPMo9Mqi-QhQamdqrsufZ-ZYFCtNletU6pluVVx84wI9jYQ38lsrlynbB9AeMddDnTcuJuxqwzPQx7jyltEFyZy0xM/s640/img4ea83dba743ad.jpg) |
En. William Ahlan sedang memberikan penerangan mengenai kos pelupusan sampah yang harus ditanggung akibat dari sampah yang perlu dilupuskan. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNQq1cW8d4LxEyWPgdkYbKgr5jy16rotZFfFcH7-vzsPlwX_E5nFIWaMPgUiJ5A7DMkWimwHS3eh_J0mcGo926S8GseDUDpnC68_L_GqLuFYy8mynZWPxtQROs-CieGOqFS1dTRewiS1E/s640/img4ea83bb87f926.jpg) |
Kedai yang menjual bahan mentah untuk memasak. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjb3u024xVUcelbJ44baTeUQEYKbqmd6si7rQ3Ktze5MgQpASdaBypGmfw4W7GlIs0C19m54gXMzpNuXEIw2BuDE_gmpepN2GBxPyXhEK2Xwj1ORat6-4v6aXxvduaTUlMBLGoMz4KVih4/s640/img4ea83c5d1df41.jpg) |
Pelajar bersedia untuk berbelanja dengan selepas berbincang jenis bahan mentah yang perlu dibeli. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjaiTb_Cfb6x2S167iTS_71r96hZLlRjIPPlU0p3EacRCm8qU7M35hTVR6y55k4WXLCrrl8jS9qsLzQJno2NC0BV3TkoW5Ux0IJ67-EnJqVFm1iSlr17kzCWueMZ7QjPCGa7Rv6Yen1dEc/s640/img4ea83cde43514.jpg) |
Setiap kumpulan pelajar mengambil langkah berjimat cermat ketika membeli bahan keperluan. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiv2WAeuORZCix2Icmrbd6xnBGoazOC87tZiKc8U9_ay8inQJe34eo8bxNbQfeoPGPjx3sz_q6AE-yqShMvJMedexLiKUOicUMUDkcyT1qYocUo108QvxRPivuW5woRNm_g_SDHODeKMgc/s640/img4ea83ec08fcae.jpg) |
Fasilitator membantu kumpulan pelajar menentukan jumlah sampah serta kos pelupusan sampah hasil dari pembelian mereka. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIrnx8JAzXJeSmBvH6O1rjAsUeFuOpBQ5ztUMjVsM8k6-Y2trEWCnYb72xHMcbsIRW-2BQdaJ_4vfW0q4lu4od8SDyV5UI6wJWZcoMh7b8uMlCwWeFwytP0xV0JzdCnvmKdGEG_8_GX8Y/s640/img4ea84022806ef.jpg) |
Dalam pusingan kedua, pelajar jelas lebih bersifat memilih ketika membeli bahan keperluan memasak. |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvppXZRGAcukUx09CciAIHJLWl0h1y_vFTU7pvOQHDuADFUM6DFqxCL8YISorBoCgzztF7iS25TtBp2eulMfyR62B6-zZHxuj_2BNJ4gH1E5U6Qsw8chGRby6EM1BqvteM46I2DIZ8e1E/s640/img4ea840d7c8ee7.jpg) |
Keputusan akhir menunjukkan setiap kumpulan telah berjaya untuk mengurangkan bilangan sampah sekaligus mengurangkan kos pelupusan. | | | | | |
Dipetik daripada: Portal Pendidikan SMK Majakir (www.smk-majakir.net)
Foto: Fareed Abdullah
No comments:
Post a Comment