Mengusahakan tanah kosong menjadi kebun sayur bukanlah satu aktiviti yang asing di sekolah ini. Tahun lalu, sekolah menjalankan aktiviti produktif ini di bawah anjuran Majlis Daerah Papar dalam Projek Bumi Hijau. Kali ini, atas inisiatif Pengetua sendiri, Tuan Haji Abdul Aziz Mohamed Zain, sebidang tanah kosong di belakang surau dan asrama sekolah bertukar wajah menjadi kebun sayur yang pastinya akan membuahkan hasil yang boleh dirasai bersama oleh warga sekolah.
|
Kawasan di belakang surau sekolah |
|
Dahulunya tempat pembakaran sampah asrama lelaki |
|
|
|
Kawasan belakang asrama lelaki |
|
|
|
Pemandangan di sepanjang kawasan pagar |
|
Subur dan terbiar |
|
Lapang dan rata, namun kosong dan tidak produktif |
Kawasan-kawasan ini bakal berubah rupa. Projek hijau ini akan menjadi projek kerjasama antara guru-guru SMK Majakir dan pekerja kontrek syarikat pembersihan yang beroperasi di sekolah ini, selain akan melibatkan para pelajar sebagai tenaga tambahan di samping memberi pendedahan kepada mereka tentang konsep "edible garden".
Foto: Mahani
No comments:
Post a Comment