- Dasar Teknologi Hijau Negara telah dibangunkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Julai 2009
- Teknologi Hijau merupakan pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara ke arah pembangunan yang mapan
- Dasar Teknologi Hijau Negara merangkumi unsur ekonomi, alam sekitar dan sosial
- Merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia
- Merujuk kepada amalan dari segi pengeluaran, penggunaan dan pelupusan komputer, pelayan (server) serta alat-alat aksesori seperti monitor, tetikus, pencetak dan peralatan rangkaian secara berkesan dan efektif dengan memberi kesan yang minima atau tiada kesan terhadap alam sekitar. Ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan bahan berbahaya, menjimatkan tenaga elektrik dan memanjangkan jangka hayat penggunaan produk ICT.
Sebahagian komponen komputer bertoksik. |
Langkah-langkah Penggunaan ICT Ke Arah ICT Hijau
Dalam memastikan ICT Hijau di agensi sektor awam dilaksanakan secara konsisten, perolehan produk ICT hendaklah mempunyai spesifikasi ciri-ciri ICT hijau seperti berikut:
(i) Penjimatan penggunaan tenaga elektrik;
(ii) Pengeluaran karbon yang rendah;
(iii) Pengeluaran haba yang rendah;
(iv) Penggunaan bahan toksik yang minimum seperti dakwat pencetak (ink) dan toner;
(v) Komponen di dalam produk tersebut yang boleh diguna semula; dan
(vi) Produk atau sistem ICT yang boleh meningkatkan prestasi mesra alam untuk kegunaan bukan
ICT seperti energy control systems, environmental monitoring system di dalam bangunan dan
lain-lain yang berkaitan.
Produk ICT ini hendaklah mendapat pengiktirafan sebagai green (hijau), eco-friendly, energy star dan yang berkenaan dari peringkat negara atau antarabangsa. Produk ICT ini hendaklah mendapat pengiktirafan sebagai green (hijau), eco-friendly, energy star dan yang berkenaan dari peringkat negara atau antarabangsa.
Dalam memastikan ICT Hijau di agensi sektor awam dilaksanakan secara konsisten, perolehan produk ICT hendaklah mempunyai spesifikasi ciri-ciri ICT hijau seperti berikut:
(i) Penjimatan penggunaan tenaga elektrik;
(ii) Pengeluaran karbon yang rendah;
(iii) Pengeluaran haba yang rendah;
(iv) Penggunaan bahan toksik yang minimum seperti dakwat pencetak (ink) dan toner;
(v) Komponen di dalam produk tersebut yang boleh diguna semula; dan
(vi) Produk atau sistem ICT yang boleh meningkatkan prestasi mesra alam untuk kegunaan bukan
ICT seperti energy control systems, environmental monitoring system di dalam bangunan dan
lain-lain yang berkaitan.
Produk ICT ini hendaklah mendapat pengiktirafan sebagai green (hijau), eco-friendly, energy star dan yang berkenaan dari peringkat negara atau antarabangsa. Produk ICT ini hendaklah mendapat pengiktirafan sebagai green (hijau), eco-friendly, energy star dan yang berkenaan dari peringkat negara atau antarabangsa.
- Peringkat Penggunaan
Bagi pembudayaan penggunaan ICT Hijau, agensi hendaklah melaksanakan langkah- langkah amalan seperti berikut:
- Komputer peribadi dan Komputer riba
saver akan menggunakan jumlah tenaga yang sama dengan penggunaan skrin yang aktif;
(ii) Memastikan monitor dalam keadaan standby/ hibernate selepas 5 minit tidak aktif;
(iii) Memastikan kemudahan power management untuk komputer peribadi dan komputer riba
diaktifkan;
(iv) Memastikan komputer ditutup dan suis dimatikan serta plug komputer dicabut dari soket
elektrik apabila tidak digunakan untuk jangka masa panjang. Ini untuk mengelakkan arus
elektrik masih aktif dalam sistem pendawaian menerusi plug komputer yang tidak dimatikan
dan dicabut;
(v) Menggantikan monitor Cathode Ray Tube (CRT) dengan monitor Liquid Crystal Display
(LCD). Ini adalah kerana penggunaan LCD boleh menjimatkan 30% hingga 50% tenaga
elektrik berbanding CRT;
(vi) Menimbangkan penggunaan saiz monitor yang bersesuaian kerana saiz monitor yang besar
akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih; dan
(vii) Menimbangkan penggunaan Teknologi Thin Client di mana ia dapat mengurangkan
penggunaan tenaga elektrik dan kos penyelenggaraan.
- Pencetak
default. Ini adalah untuk menjimatkan penggunaan kertas dan dakwat pencetak;
(ii) Mengaktifkan kemudahan power-saving sleep mode pada pencetak (jika ada);
(iii) Mengurangkan bilangan pencetak stand-alone dengan pewujudan pencetak rangkaian yang
dapat dikongsi bersama oleh penjawat awam;
(iv) Mengawal dokumen yang berkenaan sahaja untuk dicetak;
(v) Menimbangkan kawalan mencetak di pencetak rangkaian berdasarkan ID pengguna;
(vi) Memastikan supaya penggunaan kertas secara optimum; dan
(vii) Mengurangkan penggunaan bahan seperti riben, kertas dan toner.
Pembaziran kertas ketika kerja-kerja mencetak perlu dielakkan |
- Pelayan (Server)
teknologi virtualisation; (contoh penggunaan iCloud dari Apple Corp.)
(ii) Memastikan server-server yang tidak aktif penggunaannya hendaklah shut down dan suis
dimatikan; dan
(iii) Menimbang penggunaan Keyboard, Visual Display Unit, Mouse (KVM) kepada server-
server bagi mengurangkan jumlah tenaga elektrik yang diperlukan dan haba yang dihasilkan
oleh monitor.
- Aplikasi
dan bahan cetak;
(ii) Mempertingkatkan penggunaan kemudahan e-mel untuk berkomunikasi tanpa kertas bagi
tujuan rasmi sahaja;
(iii) Mempertimbangkan kemudahan penggunaan saluran baru untuk mendapatkan maklum balas
dan aduan secara rasmi; dan
(iv) Mempertingkatkan pembangunan aplikasi online yang menggantikan proses kerja secara
manual.
Peringkat Pelupusan
Produk ICT yang perlu dilupuskan hendaklah mengikut tatacara yang digariskan melalui Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 “Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan” dan mengambil kira pemuliharaan alam sekitar serta amalan hijau sama ada ianya masih boleh diguna pakai (reuse) dan dikitar semula (recycle).
Sumber: www.pajpm.gov.my/userfiles/file/LANGKAH.pdf
No comments:
Post a Comment