Pages

About Me

My photo
"Back To Nature" is the theme adopted for this school's environmental awareness program. This community strives to inculcate the love of nature among the youth in this school through hands on experience in nature. We aim to show the young generation that nature is not only for the viewing pleasure, it can also provide and protect us, thus, we need to protect and sustain it for the future.

Monday 24 October 2011

Taman Bumi Hijau Hadiahkan Hasil Sempena Hari Guru

Sempena sambutan Hari Guru 2010 yang lalu, semua guru di seluruh negara diseru untuk menjalankan aktiviti gotong-royong. SMK Majakir mengambil kesempatan ini untuk menuai hasil tanaman projek Taman Bumi Hijau melalui aktiviti Gotong Royong Perdana sempena Hari Guru.

Pose khas sebelum mula bekerja (Foto: Mahani)
Projek Bumi Hijau ini adalah satu projek anjuran Jabatan Pertanian Papar dengan kerjasama Majlis Daerah Papar. Pada dasarnya Kempen Bumi Hijau merupakan satu program yang dianjurkan untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan bahan makanan harian. Selain daripada itu adalah diharapkan kesedaran dan minat rakyat terhadap pertanian samada yang tinggal di luar bandar dan bandar dapat dipupuk. Secara tidak langsung, program ini dilihat dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan individu atau komuniti terhadap pengambilan makanan segar, berkhasiat dan selamat di samping mempunyai persekitaran perumahan yang cantik dan menarik. Dengan terlaksananya program Bumi Hijau, Jabatan Pertanian berharap ini akan dapat mengurangkan impak kenaikan harga barangan makan serta meringankan beban kewangan kesan dari kenaikan kadar inflasi. Pelaksanaan program ini adalah berkonsepkan pengeluaran makanan untuk keperluan sendiri dan bercirikan "kitchen garden" atau "edible landscape". Program ini ditujukan kepada semua rakyat dengan fokus utama disasarkan kepada penduduk taman perumahan, penghuni rumah pangsa dan murid-murid sekolah.

(Foto: Mahani)
(Foto: Mahani)
Cikgu Liew dan Cikgu Dariah (Foto: Mahani)
Untuk menjayakan program ini, Jabatan Pertanian akan membekalkan beberapa kit asas bertani seperti pencedok, baja serta anak benih sayur-sayuran dan herba. Aktiviti penanaman boleh dilakukan samada secara individu ataupun secara komuniti. Penanaman secara individu terhad di kawasan rumah individu yang terlibat manakala bagi penanaman secara komuniti, ianya dilakukan pada kawasan yang lebih besar dan diuruskan oleh satu badan pengurusan. Kampung-kampung yang terlibat ialah ; Kg. Takis, Kg. Berundung, Kg. Seberang Benoni, Kg. Benoni, Kg. Surati, Kg. Kuala, Kg. Kelanahan, Kg. Biau, Kg. Sabandil, Kg. Rampazan, Kg. Limbahau, Kg. Andus dan Kg. Lakut. Komuniti yang terlibat ialah SMK Majakir, SMK St Joseph, Perumahan Taman Nagapas, Perumahan Kuala dan Pusat Serenti Papar.

(Foto: Mahani)
Ustazah Noor Aini: "Teruskan Usaha Anda..." (Foto: Mahani)
(Foto: Fareed Abdullah)
Tn. Hj. Abdul Aziz ikut serta (Foto: Fareed Abdullah)
(Foto: Fareed Abdullah)
(Foto: Fareed Abdullah)
Aktiviti Gotong Royong Perdana kali ini tertumpu kepada 3 kawasan, iaitu kawasan Taman Bumi Hijau, kawasan sekitar Rumah Kitar Semula dan kawasan kuarters rumah guru yang sudah tidak didiami. Ia melibatkan semua guru dan beberapa orang pelajar asrama serta pelajar tingkatan 6 yang berkelapangan. Selain daripada itu, ahli-ahli Persatuan Pelajar Tingkatan 6 (PERTENA) telah mengadakan aktiviti membina tapak baja kompos yang baru.

Cikgu Hajijah dengan PERTENA di bahagian baja kompos (Foto: Fareed Abdullah)
Kompeni Alfa Batalion II Askar Wataniah 507 Papar (Foto: Fareed Abdullah)
Aktiviti  ini juga telah dibantu oleh seramai 6 ahli Kompeni Alfa Batelion II, Askar Wataniah 507 daerah Papar yang diketuai oleh Mejar Mursyid Soadik (Penolong Kanan Tingkatan 6 pada tahun itu). Mereka telah membantu mengangkat komponen-komponen komputer lama yang terdapat di stor ke tempat penyimpanan peralatan yang akan dihapuskira. 

(Foto: Fareed Abdullah)
(Foto: Mahani)
(Foto: Mahani)
Mengumpul dan membersih hasil tuaian (Foto: Mahani)

(Foto: Fareed Abdullah)
Hasil bumi (Foto: Fareed Abdullah)
Bergambar sebelum bersurai (Foto: Fareed Abdullah)
Acara Pengagihan Hasil Tanaman (Foto: Fareed Abdullah)

"When we heal the earth, we heal ourselves."  ~David Orr~



Sumber: www.smk-majakir.net (posted by UMDS) TQ!! 

 

No comments:

Post a Comment