Pages

About Me

My photo
"Back To Nature" is the theme adopted for this school's environmental awareness program. This community strives to inculcate the love of nature among the youth in this school through hands on experience in nature. We aim to show the young generation that nature is not only for the viewing pleasure, it can also provide and protect us, thus, we need to protect and sustain it for the future.

Thursday, 10 July 2014

EASY, PRACTICAL, CHEAP AND 
EMOTIONALLY SATISFYING
IDEAS FOR KITCHEN GARDEN AND HERBS GARDEN

These ideas can really make your days
smell like roses (or herbs) any time...
























Tuesday, 8 July 2014

LAWATAN KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR  MEMPROMOSIKAN BAJA KOMPOS TAKAKURA 
DI KG. SEBERANG, BENONI, PAPAR  
Tarikh: 6 Julai 2014




        Pengerusi JKKK Kg. Seberang Benoni, Ustaz Kaharuddin Yusupala menyambut kedatangan kami. Aktiviti pertama dimulakan dengan melibatkan kanak-kanak yang hadir dalam pertandingan membuat kraftangan kitar-semula.  Mereka dibahagikan kepada empat kumpulan.  Cikgu Rohiah bersama Skuad Kembara Hijau sempat memberikan sedikit taklimat mengenai syarat-syarat pertandingan tersebut. 




Semasa sesi pertandingan membuat kraftangan berlangsung di dalam surau, warga kampung yang hadir mendengar ceramah dan melihat demonstrasi membuat baja kompos takakura di luar surau yang disampaikan oleh Puan Hajijah Hasan bersama Skuad Kembara Hijau.  Demonstrasi membuat baja kompos takakura dibuat bersama warga kampung dan dibantu oleh Pakcik Moksin, salah seorang pekerja kebersihan sekolah. 



Selepas selesai ceramah kempen kesedaran alam sekitar  dan pertandingan membuat kraftangan, penyampaian hadiah untuk para pemenang disampaikan oleh tuan Pengetua.  Pihak sekolah juga menyampaikan buah tangan kepada pengerusi JKKK Kg. Seberang, Benoni di atas kesudian menerima kedatangan rombongan sekolah. Aktiviti diakhiri dengan sesi soal jawab dan pengagihan  flyers berkaitan dengan baja kompos kaedah takakura. 










 Harapan pihak sekolah agar sikap menjaga alam sekitar ini akan dapat melahirkan masyarakat kampung yang bertanggungjawab terhadap alam sekitar atau sumber semulajadi yang penting pada masa akan datang.



Laporan:   Rohiah Bengkui
Gambar:   Hajijah Hasan

Tuesday, 15 April 2014

Program Khidmat Masyarakat Kelab Keceriaan Dan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir 2014:
AKTIVITI MELUKIS MURAL DI TABIKA PERPADUAN DAERAH PAPAR

         Pada tahun ini Jawatankuasa Serasi dan Lestari Sekolah telah mengadakan Program Khidmat Masyarakat yang melibatkan ahli-ahli Skuad Kembara Hijau serta Kelab Keceriaan sekolah. Program ini merupakan medium yang baik untuk membentuk generasi pelajar yang menghargai, prihatin dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan alam sekitar. Program yang berteraskan pendidikan luar ini juga memberi peluang kepada semua ahli yang terlibat untuk berkongsi ilmu serta kemahiran sedia ada dengan masyarakat luar. 

        Oleh itu adalah menjadi harapan pihak penganjur agar ahli-ahli yang terlibat akan dapat meningkatkan imej diri dan sekolah di mata masyarakat. dari segi perkembangan diri pelajar, penglibatan dalam program ini membolehkan pelajar merasakan dirinya sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini pelajar akan dapat membina imej diri yang positif, memupuk semangat kesepunyaan dan rasa bangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.

      Untuk merealisasikan hasrat ini, Jawatankuasa Serasi dan Lestari Sekolah telah mengadakan satu siri aktiviti melukis mural di beberapa buah Tabika Perpaduan dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan (JPTP). Sebanyak 3 buah tabika telah terlibat iaitu ; Tabika Perpaduan Taman Perumahan Pengalat Besar, Tabika Perpaduan Kampung Benoni dan Tabika Perpaduan Taman Pantai Lok Kawi. Bagi memastikan penglibatan secara total semua ahli Kelab Keceriaan dan Skuad Kembara Hijau, pelajar telah dibahagikan kepada 3 kumpulan.

TABIKA PERPADUAN TAMAN PENGALAT, PAPAR
19 - 23 MAC 2014








TABIKA PERPADUAN KG. BENONI, PAPAR
27 - 31 MAC 2014






TABIKA PERPADUAN TAMAN PANTAI LOKKAWI, PAPAR
2 - 4 APRIL 2014







LAPORAN:   ROHIAH BENGKUI
GAMBAR:     HAJIJAH HASAN

Saturday, 29 March 2014


LAWATAN SAMBIL BELAJAR(LASBELA) JAWATANKUASA SERASI & LESTARI BERSAMA KELAB KECERIAAN DAN SKUAD KEMBARA HIJAU SMK MAJAKIR PAPAR KE PAMERAN SUSTAINABLE ENVIRONMENT AND ECOSYSTEM DEVELOPMENT(SEED) TAHUN 2014

Aktiviti LASBELA ini telah diadakan pada 15 Mac 2014 yang lalu. Aktiviti ini telah diselaraskan oleh Jawatankuasa Serasi Dan Lestari Sekolah dengan kerjasama Kelab Keceriaan dan Skuad Kembara Hijau SMK Majakir. Pameran Sustainable Environment & Ecosystem Development (SEED) ini telah diadakan di Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu. Seramai 23 orang pelajar telah terlibat bersama dengan 3 orang guru pengiring.  Antara objektif lawatan ini adalah seperti berikut :-
  • Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar di dalam dan di luar persekitaran sekolah.
  • Memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar dalam kalangan peserta.
  • Memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan dengan pendidikan alam sekitar pada skala yang lebih besar.
  • Para peserta lawatan akan bertindak sebagai agen penyebar maklumat mengenai keperluan dan kepentingan penjagaan alam sekitar kepada pelajar lain di sekolah.
Semasa berada di tapak pameran, para peserta berpeluang melawat ke beberapa kiosk pameran yang disediakan oleh pihak penganjur. Antaranya adalah Kiosk Kolej Yayasan Sabah (KYS), Kiosk Kulinari Dan Pastri, Kiosk Universiti College Sabah Foundation, Kiosk Asian Tourism International College (ATI), Kiosk Seni Lukis, Kiosk Jualan Kraf Tangan dan Kiosk NRJ Solar.

Kiosk pameran yang memberi maklumat mengenai penggunaan tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif yang mesra alam.

Pameran pengkhususan seni dari Kolej Yayasan Sabah

Pelajar berminat untuk mengetahui peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke Asian Tourism International College (ATI).