Program SERASI merupakan anjuran bersama Jabatan Perlindungan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Persekutuan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah, Jabatan Perhutanan Negeri Sabah, Pusat Tindakan Alam Sekitar (EAC), Sabah Wetlands Conservation Society dan SHELL Malaysia.
Antara objektif program SERASI ini diadakan adalah seperti berikut :
(1) Untuk mempertingkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam
sekitar di sekolah.
(2) Untuk memupuk sikap positif dan cintakan alam sekitar dalam kalangan warga sekolah
khasnya dan masyarakat setempat amya.
(3) Untuk menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
(4) Untuk mengiktiraf usaha berterusan sekolah dalam program Pendidikan Alam Sekitar.
Pada tahun ini, sebanyak 10 anugerah telah disediakan oleh pihak penganjur; 7 anugerah untuk pelbagai kategori iaitu ;
- Anugerah Tandas Bersih dan Ceria Terbaik (Peringkat Sekolah Rendah / Menengah Luar Bandar dan Bandar)
- Anugerah Inovasi Alam Sekitar Terbaik (Peringkat Sekolah Rendah / Menengah)
- Anugerah Kebersihan Dan Keindahan Persekitaran Sekolah Terbaik (Peringkat Sekolah Rendah / Menengah)
- Anugerah Penghijauan Sekolah Terbaik (Peringkat Sekolah Rendah / Menengah)
- Anugerah Kesedaran Alam Sekitar Terbaik (Peringkat Sekolah Rendah / Menengah)
- Anugerah Pengurusan Alam Sekitar Terbaik (Peringkat Sekolah Rendah / Menengah).
- Anugerah Utama SERASI, Anugerah Wira Harapan SERASI dan
- Anugerah Wira SERASI bagi Peringkat Sekolah Rendah / Menengah turut dipertaruhkan.
Di antara Ahli Jawatankusa SERASI SMK Majakir |
Lawatan Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah ke gerai pameran SERASI sekolah. |
Adik Nazirah Jimmy sedang memberi penerangan mengenai ramuan utama yang diperlukan untuk membuat bahan asas Baja Kompos Takakura kepada YB Datuk Masidi Manjun dan rombongan. |
Cikgu Bernie Gevais bersama pelajar yang akan membuat demonstrasi membuat bahan asas Baja Kompos Takakura. |
En. Wong Foo, seorang bekas guru sedang berkongsi maklumat mengenai kelebihan menggunakan baja kompos. |
Pada tahun sebanyak 14 buah sekolah menengah telah terpilih ke peringkat
akhir penilaian untuk kategori Anugerah Wira Harapan SERASI selepas
melalui 3 peringkat penilaian awal.
Untuk rekod, penyertaan SMK Majakir di dalam Anugerah SERASI ini bermula pada sesi 2007/2008 dibawah mantan Pengetua Cemerlang, En. Loh Kok Cheang. Pada sesi tersebut SMK Majakir telah berjaya mendapat Anugerah Pengurusan Alam Sekitar Terbaik. Usaha ke arah merealisasikan impian sekolah untuk mencipta kejayaan di tahap tertinggi diteruskan oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain pada sesi 2009/2010 dan 2010/2011. Walaupun tidak berjaya dalam 2 sesi tersebut namun pengalaman, kesabaran, kesungguhan dan kecekalan semua pihak yang terlibat dengan program SERASI sekolah akhirnya berjaya merealisasikan impian tersebut pada tahun ini.
Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain menerima trofi, sijil dan replika cek daripada Datuk Micheal Emban,Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah. |
Pasukan SERASI SMK Majakir dan SMK Tebobon mengabadikan kenangan bersama. Tahniah kepada Pasukan SERASI SMK Tebobon yang berjaya mendapat Anugerah Wira Utama SERASI |
En. Henry Kenneth Lawrence, Penyelia Unit Kokurikulum, Pejabat Pelajaran Daerah Papar turut gembira dengan pencapaian SMK Majakir. |