Pages

About Me

My photo
"Back To Nature" is the theme adopted for this school's environmental awareness program. This community strives to inculcate the love of nature among the youth in this school through hands on experience in nature. We aim to show the young generation that nature is not only for the viewing pleasure, it can also provide and protect us, thus, we need to protect and sustain it for the future.

Tuesday 6 November 2012

PENILAIAN SEKOLAH LESTARI - ANUGERAH ALAM SEKITAR 2012

Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27 Januari 2005. Terdapat 4 komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum. Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program-program pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir sedang memberi penerangan mengenai program-program yang berkaitan dengan Sekolah Lestari yang telah dan sedang dijalankan oleh sekolah.

En. Jikula Mongijal sedang memberi penjelasan mengenai objektif lawatan serta respon terhadap penerangan yang telah diberi oleh pihak sekolah.

Tahun ini merupakan kali ke-2 SMK Majakir telah dicalonkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Papar untuk dinilai bagi Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar. Pada 16 Mei 2012, Panel Penilai Sekolah Lestari yang diketuai oleh En. Jikula Mongijal dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah dan dibantu oleh Pn. Jaswinder Kler yang mewakili pihak NGO telah melawat ke sekolah.

Lawatan ke kawasan belakang Makmal Sains untuk melihat aktiviti para pelajar asrama di waktu lapang mereka.

Kebun sayur ini telah diusahakan sendiri oleh pelajar asrama.

En. Jikula sempat merakamkan aksi para pelajar yang sedang asyik berkebun.

Panel Penilai telah dibawa melawat ke Taman Rama-Rama di bawah kendalian Pn. Zainah Mohd Fauzie.

Kakitangan dan warga guru turut terlibat mengusahakan kebun sayur di belakang surau sekolah.

'Water sprinkler' yang dibina untuk memanfaatkan sumber air di dalam parit yang terdapat di kawasan sekolah untuk menyiram pokok-pokok bunga.




No comments:

Post a Comment